SYARAT PENGGUNAAN

Penting: Sekiranya terma dan syarat terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dengan penterjemahan Bahasa Melayu dan atau Bahasa Cina, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

ADALAH PENTING BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DENGAN TELITI DAN FAHAM TERMA DAN SYARAT KAMI YANG TERKANDUNG DI BAWAH, DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG, ANDA BERSETUJU UNTUK MENURUT KEPADA TERMA DAN SYARAT YANG TERNYATA DI SINI.

Di sepanjang laman ini, terma-terma “Kami, Kita, Aspen dan Aspen Group” merujuk kepada Aspen (Group) Holdings Limited dan mana-mana anak syarikatnya, yang berkaitan, dan/atau syarikat-syarikat bersekutu sebagaimana yang sesuai dengan keadaan.

Penggunaan Infomasi dan Bahan-bahan

  1. Produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dirujuk dalam laman sesawang ini hanya ditawar di Malaysia sahaja dimana ianya ditawar dengan sah oleh Aspen Group. Maklumat dan bahan-bahan yang terkandung dalam laman-laman ini, serta terma dan syarat- adalah tertakluk kepada perubahan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memerhati sebarang perubahan ke atas bahan-bahan yang terkandung dalam laman-laman ini.
  2. Maklumat yang terkandung dalam laman-laman ini tidak bertujuan untuk menjadi cadangan profesional.

Penafian

Penggunaan laman sesawang ini adalah tertakluk secara eksklusifnya pada risiko anda sendiri.

Dasar Privasi

  1. Sebarang maklumat atau bahan peribadi yang dihantar ke laman sesawang Aspen Group adalah tertakluk kepada amalan Aspen Group terhadap perlindungan data peribadi. Dasar privasi ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi Aspen Group di http://www.aspen.com.my/ (Personal Data Protection Notice).
  2. Sebarang komunikasi atau bahan bukan peribadi yang anda hantar ke laman sesawang ini dengan serahan secara bentuk elektronik, emel atau yang lain-lain termasuk apa-apa data, soalan, komen, cadangan atau tekan suka adalah dan akan dilayan sebagai bukan sulit.

    Penyerahan atau post sedemikian akan menjadi harta esklusif Aspen Group dan mungkin digunakan tanpa sekatan untuk apa-apa tujuan. Aspen Group adalah tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan bahan/kandungan yang diserahkan.

    Apa-apa penggunaan yang sedemikian adalah digunakan tanpa bayaran kepada pihak yang menyerah maklumat tersebut. Dengan menyerahkan infomasi tersebut, anda jamin anda memiliki bahan/kandungan yang diserahkan, ianya tidak berunsur fitnah dan penggunaan Aspen Group terhadapnya tidak akan melanggar hak pihak ketiga.

Hak Harta Intelek

  1. Kesemua harta intelek yang wujud dalam laman sesawang ini termasuk semua teks, gambar dan bahan-bahan lain dalam laman sesawang ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada cap dagang, nama dagang, logo, watak dan tanda perkhidmatan (bersama-sama digelar “Cap Dagang) dan hak cipta milik kepada Aspen Group, atau telah diberi kebenaran oleh pemilik masing-masing.
  2. Cap Dagang yang tertera di dalam laman sesawang ini dimiliki, atau dilesenkan secara esklusif kepada Aspen Group dan tiada apa-apa yang terkandung dalam laman sesawang ini ditafsirkan sebagai memberi apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana cap dagang yang tertera pada laman sesawang ini. tiada apa-apa yang terkandung dalam laman sesawang ini ditafsirkan sebagai memberi apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana hak cipta dan/atau cap dagang yang tertera pada laman sesawang ini. sebarang penggunaan atau salah guna kepada hak cipta dan/atau cap dagang yang sudah ditayangkan dan yang sedang tertera dalam laman sesawang ini adalah dilarang sama sekali kecuali yang ternyata dalam terma-terma dan syarat-syarat ini. Aspen Group memelihara hak untuk membawa apa-apa tindakan yang terbangkit dari penggunaan laman sesawang ini tanpa kebenaran atau cara salah, termasuk tindakan untuk penyalahgunaan cap dagangnya dan/atau hak harta intelek yang lain.
  3. Hak cipta laman sesawang ini dan kandunganya, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua teks, gambar, grafik, klip suara, fail animasi, fail video dan paparannya adalah dimilik tunggal oleh dan/atau dilesenkan kepada Aspen Group dan ianya adalah dilindungi oleh undang-undang yang terpakai dalam Malaysia dan negara anggota dalam Konvensyen Berne.
  4. Anda tidak dibenarkan untuk mengubahsuai, menyalin, mengedar, menghantar semula, menyiarkan, memaparkan, melakukan, menghasilkan semula, menerbitkan, melesenkan, memindahkan, menjual atau berurusan dengan menggunakan mana-mana bahagian dari laman sesawang ini bagi tujuan menjual atau mengedar untuk mengaut keuntungan komersial atau pengubahsuaian atau bekerjasama dengan kerja, penerbit atau laman sesawang lain sebelum memperolehi persetujuan bertulis dari Aspen Group. Apa-apa penggunaan mana-mana bahagian dalam laman sesawang ini tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali dan mungkin melanggar hak kanun atau undang-undang umum yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Akses dan Menggunakan Laman Web

Anda mungkin diminta untuk mencipta satu kata laluan untuk akses fungsi tertentu dalam laman sesawang. Justeru anda bersetuju untuk membekal, menyelenggara dan mengemaskini maklumat anda yang benar, tepat, terbaru dan lengkap malah tidak menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti atau memberi gambaran palsu mengenai identiti anda atau pengabungan dengan mana-mana individu atau entiti termasuk menggunakan nombor pengenalan, kata laluan atau infomasi orang lain.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan kata laluan anda dan semua aktiviti yang dilakukan oleh anda atau sesiapa (sama ada mempunyai kebenaran atau tidak) akses ke laman sesawang tersebut dengan menggunakan kata laluan anda. Jika anda percaya bahawa seseorang telah menyamar sebagai anda, sila menghubungi kami dengan serta-merta di atas talian +604-227 5000

Pautan Pihak Ketiga

Apa-apa pautan yang terkandung dalam laman sesawang ini mungkin mambawa anda ke luar rangkaian Aspen Group dan Aspen Group tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, kejituan atau fungsi untuk laman-laman pihak ketiga ini dan tidak membawa maksud mendapat sokongan dari Aspen Group. Pautan dibekalkan oleh Aspen Group atas niat baik dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada apa-apa perubahan lanjut ke atas laman-laman pihak ketiga.

Jaminan dan Liabiliti-liabiliti

  1. Aspen Group tidak memberikan jaminan mengenai kejituan, kebolehpercayaan, prestasi, kelengkapan, kesesuaian, kebebasan dari virus atau dikemaskini mengikut semasa ke atas kandungan dan bahan yang didapati, ditawarkan, dihubungkan atau dirujukkan di laman sesawang ini. Namun begitu, semua langkah-langkah telah diambil untuk memastikan semua infomasi dan bahan yang terkandung dalam laman sesawang ini, laman sesawang ini sendiri dan bahan-bahan dalam laman sesawang ini dibekalkan dengan asas seperti mana “ia sepatutnya” dan Aspen Group tidak memberi apa-apa jenis jaminan sama ada secara tersurat, tersirat, berkanun atau yang lain-lain (termasuk jaminan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu) berkenaan mana-mana kandungan atau bahannya. Sebarang penggunaan ke atas infomasi atau bahan dalam laman sesawang ini adalah pada risiko anda sendiri.
  2. Aspen Group dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan semua pengarah, pemegang saham, pegawai dan kakitangan dengan ini dikecualikan dari semua liabiliti dan tanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau gantirugi yang terbangkit dalam apa jua cara dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti tegas atau asas lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada langsung atau tidak langsung, khas, kebetulan, terakibat atau gantirugi berunsur hukum, atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang berbangkit dari penggunaan atau akses atau ketidakbolehan untuk mengguna atau mengakses ke laman sesawang ini atau pautan pihak ketiga dari laman sesawang ini, bergantung kepada kandungan yang terdapat di dalam laman sesawang ini, segala kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian, gangguan rangkaian, ralat, peninggalan, kelewatan operasi, virus komputer, penggodaman, pencerobohan atau Aspen Group akan terjejas oleh keadaan yang tidak dijangka atau keadaan yang di luar kawalan Aspen Group, atau yang lain-lain.
  3. Aspen Group atau mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menghasil, membangun, dan/atau menyampaikan laman sesawang ini bagi pihak Aspen Group tidak harus mempunyai sebarang liabiliti atau tanggungjawab untuk sebarang gantirugi, kos, kerugian atau liabiliti secara langsung, kebetulan, terakibat, tidak langsung atau hukuman yang berbangkit daripada akses anda, penggunaan anda, perubahan dalam kandungan laman sesawang, atau mana-mana laman sesawang pihak ketiga yang diakses melalui pautan dari laman sesawang ini atau daripada apa-apa tindakan yang diambil (atau tiada tindakan) menjadi kesan daripada apa-apa komunikasi yang dihantar kepada kami.
  4. Aspen Group tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau disebabkan oleh virus yang boleh menjangkiti peralatan komputer anda atau harta benda lain kerana penggunaan, akses, atau muat turun bahan dari laman sesawang ini oleh anda. Sebarang bahan yang dimuat turun dari laman sesawang ini adalah dilakukan atas risiko anda sendiri.

Indemniti

Dengan ini anda bersetuju dan tidak boleh ditarik balik bahawa anda akan menanggung segala kerugian dan menjamin pampasan penuh kepada Aspen Group supaya tidak dimudaratkan dari semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin dialami oleh Aspen Group yang berkaitan atau disebabkan oleh:

  1. laman sesawang ini oleh anda dan/atau pihak ketiga (sama ada diberi kuasa oleh anda);
  2. apa-apa perlanggaran terma dan syarat di sini oleh anda;
  3. apa-apa perlanggaran terhadap apa-apa hak orang lain oleh anda melalui penggunaan anda terhadap laman sesawang ini; atau
  4. apa-apa tuntutan penyalahgunaan hak atau hak milik intelek oleh pihak ketiga terhadap Kumpulan Aspen yang disebabkan oleh penggunaan laman sesawang ini oleh anda.

Cookie

Aspen Group menggunakan teknologi pengesanan (cookie). Dasar mengenai penggunaan cookie telah ternyata di laman sesawang rasmi Aspen Group di http://www.aspen.com.my/ (Personal Data Protection Notice)

Undang-undang Terpakai

Kesemua terma dan syarat ini harus ditadbir dan ditafsir selaras dengan undang-undang Malaysia dan harus dibaca bersama bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Malaysia.

Menerima pakai

Sekiranya terdapat mana-mana peruntukan di sini adalah tidak sah, salah di sisi undang-undang atau tidak dapat dilaksanakan, peruntukan-peruntukan yang lain masih berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.