WELLNESS INITIATIVE FOR NATION (“VAX TO WIN”)
TERMA DAN SYARAT

Penting: Sekiranya terma dan syarat terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dengan penterjemahan Bahasa Melayu dan atau Bahasa Cina, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

  1. NAMA KEMPEN
    Vax to Win
  2. TEMPOH KEMPEN

    1 Julai 2021 sehingga 31 Mac 2022

    Semua kemasukan yang diterima selepas tempoh Kempen akan dianggap tidak layak secara automatik.

  3. TARIKH CABUTAN
    1 Mei 2022
  4. TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG
    8 Mei 2022
  5. MEKANISME CABUTAN
    1. Setiap peserta harus mematuhi yang berikut untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini:
      1. mengemukakan satu salinan sijil vaksinasi digital mereka;
      2. jawab lima (5) soalan yang ditetapkan oleh Aspen Group dengan betul; dan
      3. menghantar satu slogan sesuai dengan syarat yang ditetapkan dalam klausa 6 di bawah.
    2. Cabutan akan dilakukan pada Tarikh Cabutan oleh firma perunding yang dilantik, BDO GA Sdn Bhd (“BDO”) melalui siaran langsung di halaman Facebook Aspen Group untuk menyenarai pendek 28 peserta yang akan layak menerima Hadiah.
    3. Slogan yang dihantar oleh 28 peserta ini akan dinilai oleh panel hakim selaras dengan Kriteria Penilaian Slogan untuk menentukan pemenang untuk Hadiah Utama, Hadiah Pertama hingga Hadiah Ketiga, Hadiah Ke-4 hingga Hadiah Ke-7 dan Hadiah Saguhati.
    4. Pemenang hadiah-hadiah ini akan diumumkan pada Tarikh Pengumuman Pemenang melalui halaman Facebook Aspen Group dan di www.vaxtowin.aspen.com.my.
    5. Keputusan yang dibuat sehubungan dengan Kempen ini termasuk slogan adalah muktamad dan konklusif dan tidak akan dikenakan sebarang rayuan.
  6. SLOGAN
    1. Slogan ini tidak boleh melebihi 20 patah perkataan dan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
    2. Tema slogan adalah bersempena dengan perjuangan negara kita melawan COVID-19 seperti berikut:

      “Bangkit Lebih Kuat Demi Negara”

    3. Setiap slogan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut: (i) keaslian; (ii) kreativiti; (iii) penggunaan bahasa; dan (iv) berkaitan dengan tema. (“Kriteria Penilaian Slogan”)
    4. Dengan menghantar slogan, peserta mewakili, menjamin dan berjanji bahawa:
      1. slogan yang dikemukakan tidak mengandungi sesuatu yang menyalahi undang-undang, pornografi, menghina, memfitnah atau kasar, dengan cara apa pun kepada mana-mana orang atau syarikat; dan
      2. slogan itu adalah karya mereka sendiri dan bahawa mereka adalah pemilik sah dan berfaedah untuk mana-mana Hak Harta Intelek yang dilampirkan pada slogan yang dikemukakan oleh mereka.
    5. Dengan menghantar slogan, peserta disifat memberi kebenaran kepada Aspen Group, pengguna, penerima serah hak dan pengganti hak milik Aspen Group yang diberi kuasa untuk memiliki satu lesen yang eksklusif, berkekalan, bebas royalti, tidak dapat ditarik balik, global, boleh dipindah milik dan boleh disublesenkan, bagi apa jua tujuan, demi melaksanakan sebarang dan semua hak harta intelek yang terkandung dalam slogan. Aspen Group berhak menggunakan mana-mana slogan yang telah dikemukakan bagi tujuan bahan promosi dan / atau pemasaran oleh pihak Aspen Group tanpa merujuk kepada peserta.
    6. Dalam terma dan syarat ini, “Hak Harta Intelek” merujuk kepada tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagang, nama domain, logo, rekaan, paten, ciptaan, hak reka bentuk berdaftar dan tidak berdaftar, hak cipta, dan semua hak lain yang serupa di mana-mana bahagian dunia termasuk tetapi tidak terhad kepada mendapat atau menaiktarafkan hak sedemikian melalui pendaftaran, sebarang pendaftaran hak dan aplikasi sedemikian, serta hak untuk memohon pendaftaran sedemikian.
    7. Klausa 6 (5) dan (6) di sini akan bertahan setelah penamatan Terma dan Syarat termasuk, berakhirnya Tempoh Kempen.
  7. HADIAH-HADIAH

    Terdapat sejumlah 28 hadiah.

    Hadiah Utama:
    Satu (1) unit Vertu Resort (termasuk 1 parkir kereta beriringan)

    Hadiah Pertama – Hadiah Ketiga:
    Satu (1) Unit Vivo Executive Apartment (termasuk 2 parkir kereta berasingan)

    Hadiah Ke-4 – Hadiah Ke-7:
    Kad hadiah IKEA bernilai RM15,000

    20 Hadiah Saguhati:
    Kad hadiah IKEA bernilai RM10,000 (x10) dan Kad hadiah IKEA bernilai RM5,000 (x10)

    Aspen Group memelihara hak untuk meminda atau menggantikan hadiah-hadiah atas budi bicara sendiri pada bila-bila masa dalam Tempoh Kempen ini sehingga Tarikh Pengumuman Pemenang.

  8. KELAYAKAN

    Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi sepenuhnya pada atau sebelum 31 Mac 2022, di Malaysia termasuk pekerja Aspen Group, dan agensi yang dilantik oleh Aspen Group sahaja.

    Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, “vaksinasi sepenuhnya” bermaksud empat belas (14) hari dari tarikh dos ke-2 diberikan untuk vaksin 2-dos, atau dua puluh lapan (28) hari dari tarikh pemberian vaksin untuk vaksin dos tunggal, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia.

  9. Mekanisme Kempen

    Cabutan

    1. Untuk pembeli-pembeli baru (termasuk pembeli-pembeli yang sedia ada yang telah membeli unit-unit baru):
      1. Membeli mana-mana satu (1) unit dari Projek-projek Aspen (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle) dalam lingkungan masa 5 Jun 2021 sehingga 31 Mac 2022.
        Untuk mengelakkan keraguan, “membeli” dalam Terma dan Syarat ini merujuk kepada menandatangani borang penempahan.
      2. Untuk Vervea, setiap pembelian layak untuk 200 kemasukan manakala untuk Projek-projek Aspen yang lain (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle), pembelian ke atas setiap unit layak untuk 100 kemasukan.
      3. Jika terdapat lebih daripada satu (1) pembeli untuk unit itu, hanya satu (1) pembeli sahaja yang akan layak untuk menyertai Kempen untuk unit tersebut.
      4. Bagi setiap pembelian, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
        1. perjanjian jual beli harus ditandatangani dan disetemkan; dan
        2. jika pembeli telah mendapatkan pinjaman, maka surat tawaran pinjaman harus ditandatangani

        dalam tempoh 45 hari dari tarikh borang penempahan ditandatangani atau pada 30 April 2022 tertakluk kepada yang mana lebih awal.

      5. Pembeli telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera semasa menandatangani borang penempahan dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan memiliki sijil digital vaksinasinya pada 31 Mac 2022.
    2. Bagi pembeli-pembeli yang sedia ada (Termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle):
      1. Memperkenalkan pembeli-pembeli yang telah membeli sekurang-kurangnya satu (1) unit Vervea atau bagi Projek-projek Aspen yang lain (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle), sekurang-kurangnya dua (2) unit untuk mana-mana Projek Aspen (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle) dalam lingkungan masa 5 Jun 2021 sehingga 31 Mac 2022.
      2. Hanya satu (1) pembeli sedia ada akan layak untuk menyertai Kempen untuk setiap unit Vervea atau dua (2) unit untuk Projek-projek Aspen lain (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle) yang terjual.
      3. Untuk Vervea, setiap unit yang berjaya dijual layak untuk 100 kemasukan, manakala untuk hartanah-hartanah Aspen yang lain, setiap dua (2) unit yang berjaya dijual layak untuk 100 kemasukan.
      4. Untuk setiap pembelian, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
        1. perjanjian jual beli harus ditandatangani dan disetemkan; dan
        2. jika pembeli baru telah mendapatkan pinjaman, maka surat tawaran pinjaman harus ditandatangani dalam tempoh 45 hari dari tarikh borang penempahan ditandatangani atau pada 30 April 2022 tertakluk kepada yang mana lebih awal.
      5. Pembeli yang sedia ada telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera semasa menandatangani borang penempahan dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan telah memiliki sijil digital vaksinasinya pada 31 Mac 2022.
      6. Kedua-dua perujuk dan pembeli baru harus menandatangani satu surat pengesahan untuk mengesahkan rujukan tersebut dalam bentuk dan format yang dibekalkan oleh Aspen Group dan surat pengesahan tersebut harus diserahkan kepada pegawai kanan Aspen Group yang dikenal pasti dimana maklumat akan dibekalkan kepada mereka semasa pembelian hartanah tersebut.
    3. Bagi kakitangan Aspen Group:
      1. Tertakluk kepada Aspen Group mencapai sasaran jualannya dalam tempoh masa 5 Jun 2021 sehingga 31 Mac 2022, kesemua kakitangan Aspen Group yang lain (termasuk penasihat-penasihat jualan) yang telah mencapai sasaran jualan perseorangan yang ditetapkan oleh Aspen Group dan semua dokumen perundangan yang berkaitan dengan penjualan telah lengkap dalam lingkungan masa yang telah dinyatakan sebelum ini akan layak untuk menyertai Kempen ini. Setiap tonggak sasaran yang dicapai oleh kakitangan akan layak untuk 100 penyertaan untuk Cabutan.
      2. Dalam penghitungan sasaran jualan tersebut, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
        1. perjanjian jual beli harus ditandatangani dan disetemkan; dan
        2. jika pembeli telah mendapatkan pinjaman, maka surat tawaran pinjaman harus ditandatangani dalam tempoh 45 hari dari tarikh borang penempahan ditandatangani atau pada 30 April 2022 tertakluk kepada yang mana lebih awal.
      3. Kakitangan tersebut telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan telah memiliki sijil digital vaksinasinya pada 31 Mac 2022.
    4. Bagi ejen berseorangan:
      1. Mana-mana ejen yang telah mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh Aspen Group di bawah prestasi perseorangannya berhak untuk menyertai Kempen ini. Setiap tonggak sasaran yang dicapai oleh ejen akan layak untuk 100 kemasukan untuk Cabutan bagi ejen tersebut.
      2. Dalam penghitungan sasaran jualan tersebut, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
        1. perjanjian jual beli harus ditandatangani dan disetemkan; dan
        2. jika pembeli telah mendapatkan pinjaman, maka surat tawaran pinjaman harus ditandatangani dalam tempoh 45 hari dari tarikh borang penempahan ditandatangani atau pada 30 April 2022 tertakluk kepada yang mana lebih awal.
      3. Ejen tersebut telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan telah memiliki sijil digital vaksinasinya pada 31 Mac 2022.
    5. Bagi agensi yang dilantik:
      1. Mana-mana agensi yang telah mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh Aspen Group berhak untuk menyertai Kempen ini. Setiap tonggak sasaran yang dicapai oleh agensi akan layak untuk 100 kemasukan untuk Cabutan bagi agensi tersebut.
      2. Dalam penghitungan sasaran jualan tersebut, syarat-syarat berikut harus dipenuhi:
        1. perjanjian jual beli harus ditandatangani dan disetemkan; dan
        2. jika pembeli telah mendapatkan pinjaman, maka surat tawaran pinjaman harus ditandatangani dalam tempoh 45 hari dari tarikh borang penempahan ditandatangani atau pada 30 April 2022 tertakluk kepada yang mana lebih awal.
      3. Kesemua pengarah agensi tersebut telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan telah memiliki sijil digital vaksinasinya pada 31 Mac 2022.
    6. Bagi orang awam:
      1. Mana-mana warganegara Malaysia yang telah mendaftar untuk vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional melalui MySejahtera dan telah lengkap vaksinasi di Malaysia bawah Program Imunisasi tersebut dan telah memiliki sijil digital vaksinasinya pada atau sebelum 31 Mac 2022 berhak kepada satu kemasukan.
      2. Mana-mana individu yang telah menyertai Kempen ini dibawah kategori 9(1)- (4) yang ternyata di atas adalah tidak layak untuk menyertai dibawah kategori untuk orang awam.
    7. Penilaian Slogan

    8. Setiap peserta yang menghantar penyertaan mesti melengkapkan satu Slogan yang selaras dengan Kriteria Slogan. Setiap peserta hanya perlu menghantar SATU Slogan tanpa mengira jumlah penyertaan yang mereka berhak.
    9. Semua Slogan akan dinilai selaras dengan Kriteria Penilaian Slogan seperti yang berikut: (i) keaslian (30 mata); (ii) kreativiti (20 mata); (iii) penggunaan bahasa (20 mata); dan (iv) berkaitan dengan tema (30 mata).
    10. Umum

    11. Berkenaan dengan item 9(1) – (5) di sini, jika perjanjian jual beli antara pembeli dengan pemaju adalah dibatalkan ataupun ditarik balik yang disebabkan apa-apa jua alasan pada bila-bila masa sebelum Tarikh Cabutan, transaksi tersebut tidak diambil kira sebagai satu jualan yang berjaya untuk dihitung sebagai bilangan kemasukan yang peserta tersebut layak dalam Cabutan.
    12. Walaupun apa yang telah dinyatakan di atas, Aspen Group masih ada budi bicara mutlak untuk memberi sebarang pengecualian atau kelonggaran keatas terma dan syarat kelayakan.
    13. Pemenang kepada Cabutan ini akan dimaklumkan kemenangannya melalui maklumat cara hubungan terakhir yang dibekalkan kepada Aspen Group.
    14. Pemenang perlu hadir untuk menuntut hadiah mereka di tempat dan masa yang akan dimaklumkan kepada pemenang. Sekiranya ada hadiah yang ditarik dengan alasan apa pun, Aspen Group berhak untuk menangani hadiah yang ditarik dengan cara yang difikirkan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak akan melayan sebarang pertikaian atau rayuan dalam bentuk apa pun dari mana-mana pemenang.
    15. Aspen Group berhak untuk melihat dan/atau mendapatkan sesalinan perkara berikut:
      1. halaman vaksinasi di Applikasi MySejahtera peserta sebagai bukti pendaftaran untuk vaksinasi dibawah program vaksinasi kebangsaan;
      2. sijil digital yang diisu sebagai bukti peserta telah lengkap vaksinasi di Malaysia;
      3. kad pengenalan asal dan/atau salinan asal dokumen sokongan lain dan/atau dokumen lain yang berkaitan dan/atau maklumat yang berkaitan dengan peserta (peserta-peserta) atau pemenang (pemenang-pemenang) atau wakil pemenang yang tampil menerima hadiah bagi pihak pemenang (“Dokumen Pengenalan”);
      4. Dokumen Pengenalan wakil (wakil-wakil) yang diberi kuasa oleh Pemenang (Pemenang-pemenang), untuk tujuan pengesahan dan penebusan Hadiah;
      5. satu surat beri kuasa yang sah bahawa pemenang telah melantik wakil berserta dengan maklumat pengenalan wakil tersebut (sekiranya menerima hadiah bagi pihak pemenang);
      6. jika terdapat lebih daripada satu (1) pembeli / perujuk untuk satu (1) unit, satu surat beri kuasa dari semua pembeli / perujuk bahawa mereka telah melantik satu (1) orang pembeli / perujuk untuk menyertai Cabutan ini; dan
      7. dokumen lain yang diperlukan oleh Aspen Group.

      Aspen Group memelihara hak untuk mengesahkan dokumen-dokumen berkenaan yang diserahkan oleh peserta-peserta sebelum meluluskan permohonan peserta-peserta untuk menyertai Campaign ini.

    16. Aspen Group memelihara hak untuk menolak/membatalkan/tidak membenarkan mana-mana penyertaan atau melucut hak/menarik balik mana-mana Hadiah dengan budi bicara mutlaknya jika:
      1. peserta atau pemenang gagal untuk membekalkan sebarang dokumen pengenalan dan/atau apa-apa bukti dokumentari yang lain seperti yang diminta oleh Aspen Group menurut klausa 9(13) di sini;
      2. Aspen Group mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa terdapat apa-apa percubaan yang dilakukan oleh peserta untuk menyebabkan integriti Kempen dikompromi dengan cara menggodam, menipu atau melakukan penipuan atau memanipulasi dalam apa jua cara termasuk tetapi tidak terhad kepada membekalkan maklumat atau informasi palsu atau dokumen palsu.
    17. Setiap peserta mungkin layak untuk lebih daripada satu kemasukan selaras dengan terma dan syarat yang ternyata di sini tetapi setiap peserta hanya berhak kepada satu (1) Hadiah sahaja. Sebaik saja nama peserta dicabut, mana-mana Cabutan seterusnya mendapati nama yang sama akan dianggap sebagai tidak layak.
    18. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau ditukar kepada wang tunai atau sebagainya. Sekiranya peserta tidak dapat menerima Hadiah mereka, mereka boleh memilih untuk melantik seorang wakil untuk menerima dan/atau menebus hadiah tersebut bagi pihak mereka.
    19. Aspen Group tidak mempunyai tanggungjawab terhadap apa-apa cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah) atau liabiliti lain atau kos yang dikenakan yang mungkin berbangkit dari hadiah yang dimenangi (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman, setem duti, yuran persetujuan negeri atau bayaran lain yang mungkin dikenankan supaya hadiah yang dimenangi menjadi berkesan).
    20. Aspen Group tiada obligasi untuk menggantikan mana-mana Hadiah (seperti Kad Hadiah IKEA) yang tidak digunakan oleh pemenang sebelum tarikh luputnya.
  10. KEPERLUAN MEDIA SOSIAL
    Dalam menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa:

    1. Aspen Group memelihara hak mutlaknya untuk membuat permintaan sesi rakaman secara digital (termasuk tetapi tidak terhad kepada rakaman gambar dan video) dengan peserta demikian untuk tujuan penyata pengesahan, pengiklanan, penyiaran, dan/atau lain-lain di mana persetujuan peserta tidak boleh ditahan atau ditolak secara tidak munasabah;
    2. anda memberi persetujuan kepada Aspen Group untuk tag anda dalam penyiaran mereka di platform media sosialnya termasuk laman rasmi Facebooknya di (www.facebook.com/myaspen group), laman Kempen Facebook (sekiranya ada), laman rasmi Instagramnya di (www.instagram.com/aspengroup.my/); dan
    3. permintaan demikian yang lain yang mungkin diminta oleh Aspen Group untuk pemasaran, pengiklanan atau penyiaran dari masa ke semasa; dan
    4. kesemua gambar dan keseluruhan rakaman video yang dihasilkan oleh Aspen Group harus kekal menjadi harta milikan tunggal Aspen Group dan mungkin akan digunakan oleh Aspen Group, rakan bersekutu atau rakan kongsinya untuk tujuan pemasaran dan promosi.
  11. INDEMNITI
    Dengan menyertai dalam Kempen ini, anda bersetuju kepada ganti rugi sepenuhnya dan akan menjamin Aspen Group dipampas sepenuhnya dari apa-apa dan semua jenis tuntutan, gantirugi, kerugian, permintaan, kausa tindakan, prosiding, perbelanjaan dan/atau liabiliti terakibat atau berbangkit di luar atau di dalam berkaitan dengan tuntutan yang berbangkit, akibat dari atau disangkut paut dengan apa-apa penyampaian kenyataan tidak benar, tindakan yang salah dan/atau melanggar terma dan syarat di sini.
  12. PENAFIAN DAN HAK LIABILITI

    Dengan menyertai dalam Kempen ini, anda faham dan bersetuju bahawa penyertaan anda adalah dibawah risiko sendiri dan Aspen Group tidak bertanggungjawab ke atas sesiapa sama ada dalam tort, kontrak, undang-undang, atau lain-lain secara langsung, tidak langsung, kebetulan atau kerosakan/kos yang berbangkit yang berkaitan dengan penyertaan anda dalam Kempen ini..

    Aspen Group tidak membuat sebarang representasi atau jaminan bahawa Kempen ini dapat diteruskan tanpa berhenti, tidak gangguan dan tidak timbul keralatan dalam operasi.

    Oleh yang demikian, anda bersetuju dan memberi akujanji untuk tidak mengaitkan dan tidak memudaratkan Aspen Group dan anak syarikat, rakan bersekutu, penaja, rakan kongsi, pekerja, pegawai, dan pengarahnya dari apa-apa liabiliti, penyakit, kecederaan, kematian, kehilangan, litigasi, tuntutan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung sama ada disebabkan oleh kecuaian atau bukan, berbangkit dari atau terjadi dari atau dalam apa-apa jua bentuk yang melibatkan penyertaan peserta dalam Kempen ini.

  13. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
    1. Kemasukan dan penyertaan dalam Kempen ini harus dianggap sebagai satu penerimaan tanpa syarat oleh setiap peserta terhadap kegunaan mana-mana atau semua maklumat peribadi yang dikemukakan oleh peserta tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada status vaksinasi COVID-19 peserta, dan peserta tersebut harus selanjutnya dianggap telah membaca dan menerima terma dan syarat tentang Notis Perlindungan Data Peribadi kami di laman rasmi Aspen Group di https://aspen.com.my/wp-content/themes/html5blanktable/assets/pdf/PERSONAL%20DATA%20PROTECTION%20NOTICE.pdf.
    2. Kesemua data peribadi yang dikumpul semasa Kempen ini dan diselenggara oleh Aspen Group dilakukan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
    3. Kecuali dimaklumkan sebaliknya, Aspen Group memelihara hak untuk menghantar bahan promosi semasa atau masa akan datang kepada peserta-peserta dan menghubungi peserta-peserta untuk tujuan jualan dan pemasaran berdasarkan data peribadi yang diperolehi.

      Sekiranya peserta tidak ingin dihubungi, mereka boleh menulis ke: pdpa@aspen.com.my.

    4. Aspen Group memelihara hak untuk menyiarkan data peribadi, gambar dan/atau rakaman digital yang lain mengenai peserta untuk promosi atau publisiti tanpa keperluan untuk memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  14. TERMA & SYARAT YANG LAIN
    1. Kempen ini bersama semua maklumat yang berkaitan dan disiarkan adalah harta intelek yang dimiliki oleh Aspen Group dan akan kekal sebagai harta milikan tunggal Aspen Group.
    2. Kesemua rujukan majmuk yang digunakan di sini harus bermaksud tunggal juga manakala yang tunggal harus bermaksud majmuk juga dan sebaliknya.
    3. Aspen Group memelihara hak untuk menambah, meminda, mengubah, dan/atau menyingkirkan mana-mana terma dan syarat di sini, atau dengan budi bicaranya, menghentikan Kempen ini tanpa alasan dan tanpa memberi makluman terdahulu.
    4. Keputusan Aspen Group adalah terakhir dan muktamad, tiada rayuan dan/atau surat-menyurat akan dilayan.
    5. Aspen Group masih mempunyai semua hak yang tidak dinyatakan dengan khusus atau jelas dalam terma dan syarat ini.
    6. Instrumen ini ditadbir dan ditafsir dari semua segi yang selaras dengan undang-undang Malaysia.
    7. Aspen Group tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran yang berkaitan dengan Kempen tersebut yang disebabkan oleh perbuatan Tuhan, perang, rusuhan, mogok, penutupan, tindakan industri, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sistem, wabak (termasuk apa-apa tindakan dari Kerajaan Malaysia yang berkaitan dengannya), atau apa-apa perkara lain yang melampaui kawalan munasabah Aspen Group.
  15. PERTANYAAN LANJUT
    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hantar e-mel ke vaxtowin@aspen.com.my.