Kami memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin!

Rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya boleh menyertai KEMPEN VAX TO WIN ini di mana hadiah lumayan dan hartanah yang menarik bernilai jutaan ringgit boleh dimenangi!

Cara Penyertaan?
Cuma selesaikan vaksinasi anda, jawab beberapa soalan mudah, dan tulis satu slogan yang kreatif berdasarkan tema “Bangkit Lebih Kuat Demi Negara” (Emerging Stronger for Our Nation) tidak melebihi 20 patah perkataan sebelum 31 Mac 2022.

Hadiah Keempat – Ketujuh

Kad Hadiah IKEA Bernilai RM15,000

Hadiah Saguhati:

Kad Hadiah IKEA Bernilai RM10,000 (x10 Pemenang)
Kad Hadiah IKEA Bernilai RM5,000 (x10 Pemenang)

SOALAN LAZIM

Siapakah penganjur Kempen ini?

Kempen ini dianjurkan oleh Aspen Group.

Siapa yang layak menyertai Kempen ini?

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi sepenuhnya pada atau sebelum 31 Mac 2022, di Malaysia termasuk pekerja Aspen Group, dan agensi yang dilantik oleh Aspen Group sahaja. Setiap individu hanya berhak mendapat satu (1) penyertaan sahaja.

“Vaksinasi sepenuhnya” bermaksud empat belas (14) hari dari tarikh dos ke-2 diberikan untuk vaksin 2-dos, atau dua puluh lapan (28) hari dari tarikh pemberian vaksin untuk vaksin dos tunggal.

Adakah saya akan mendapat penyertaan tambahan sekiranya saya adalah pembeli projek Aspen Group yang sedia ada?

Ya! Anda akan mendapat sekurang-kurangnya 100 penyertaan jika anda merujuk satu (1) unit Vervea atau sekurang-kurangnya dua (2) unit untuk hartanah Aspen yang lain (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle) antara tempoh 5 June 2021 hingga 31 Mac 2022.

Adakah saya akan mendapat penyertaan tambahan jika saya membeli projek Aspen Group semasa tempoh kempen ini?

Ya! Sekiranya anda membeli mana-mana hartanah Aspen Group (tidak termasuk rumah kos sederhana rendah Tri Pinnacle) antara 5 June 2021 hingga 31 Mac 2022, anda berhak untuk mendapat penyertaan tambahan.

Sekiranya anda membeli Vervea, anda berhak untuk mendapat 200 penyertaan, manakala jika anda membeli hartanah Aspen Group yang lain, anda berhak untuk mendapat 100 penyertaan.

Apakah hadiah-hadiah dalam Kempen Vax To Win ini?

Sejumlah 28 hadiah diberikan dalam Kempen Vax To Win ini.
Hadiah utama: Satu (1) unit Vertu Resort
Hadiah pertama: Satu (1) unit Vivo Executive Apartment
Hadiah ke-2: Satu (1) unit Vivo Executive Apartment
Hadiah ke-3: Satu (1) unit Vivo Executive Apartment
Hadiah ke-4 hingga ke-7: Kad hadiah IKEA berbaloi RM15,000
20 hadiah saguhati:
Kad hadiah IKEA berbaloi RM10,000 (x10 pemenang)
Kad hadiah IKEA berbaloi RM5,000 (x10 pemenang)

Bagaimana saya mendaftar untuk Kempen Vax To Win ini?

Peserta boleh mendaftar melalui www.VaxToWin.aspen.com.my. Hanya satu pendaftaran sahaja yang dibenarkan bagi setiap peserta dengan Kad Pengenalan yang sah. Walau bagaimanapun, setiap peserta layak untuk beberapa penyertaan sekiranya mereka memenuhi syarat yang diperlukan untuk setiap penyertaan. Setiap peserta Kempen akan memenangi SATU (1) hadiah sahaja, dan cabutan peserta yang sama akan diabaikan.

Bilakah tarikh akhir pendaftaran?

Tarikh akhir pendaftaran untuk Kempen ini akan ditutup pada 31 Mac 2022.

Saya telah divaksin dan tinggal di Malaysia, tetapi vaksin yang diberikan adalah di luar Malaysia, bolehkah saya masih mendaftar?

Tidak. Peserta Kempen yang layak mesti melengkapkan vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Maklumat apa yang perlu saya berikan semasa mendaftar?
  • Nama penuh mengikut MyKad
  • No. MyKad
  • Nombor telefon
  • Alamat e-mel
  • Gambar Sijil Vaksinasi Digital
Bagaimana rupa Sijil Vaksinasi Digital?

Sijil Vaksinasi Digital yang anda wajib muat naik adalah seperti yang berikut:

Sila rujuk garis panduan tertera di bawah untuk muat naik Sijil Vaksinasi Digital yang sah:

WAJIB

  1. Muat naik Sijil Vaksinasi Digital lengkap dengan nombor Kad Pengenalan, nama, maklumat vaksin 2-dos atau vaksin dos tunggal anda.
  2. Gambar yang jelas tanpa efek filter.

ELAK

  1. Potong Sijil Vaksinasi Digital.
  2. Sembunyikan atau tutup nombor Kad Pengenalan atau maklumat lain.
  3. Muat naik Sijil Vaksinasi Digital yang kabur.
Hari lahir saya yang ke-18 jatuh pada atau selepas 1 April 2022, bolehkah saya mendaftar?

Tidak boleh. Peserta yang layak untuk Kempen ini mestilah berumur 18 tahun pada atau sebelum 31 Mac 2022.

Kriteria penting untuk slogan

Berdasarkan tema “Bangkit Lebih Kuat Demi Negara” (Emerging Stronger for Our Nation), tulis satu slogan kreatif dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Ingeris SAHAJA mengenai bagaimana anda dapat bangkit semula sebagai individu yang lebih kuat untuk menyumbang ke arah pembangunan semula negara kita dengan tidak melebihi 20 patah perkataan.

Setiap slogan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:

  1. Keaslian
  2. Kreativiti
  3. Penggunaan bahasa
  4. Berkaitan dengan tema.
Bilakah saya akan mengetahui keputusan Kempen ini?

Satu acara undi akan dijalankan oleh firma perunding yang dilantik oleh kami, BDO GA Sdn Bhd melalui siaran langsung pada 1 Mei 2022 di laman Facebook Aspen Group www.facebook.com/myaspengroup untuk menyenarai pendek 28 peserta, yang akan layak untuk mendapat hadiah.

Slogan yang dikemukakan oleh 28 peserta ini akan dinilai oleh panel hakim mengikut Kriteria Penilaian Slogan untuk menentukan pemenang-pemenang Hadiah Utama, hadiah pertama-ketiga, hadiah ke-4 – ke-7 dan hadiah saguhati.

Keputusan rasmi Kempen ini akan diumumkan pada 8 Mei 2022 dan keputusannya akan disiarkan di laman Facebook Aspen Group www.facebook.com/myaspengroup dan di www.VaxToWin.aspen.com.my.

Bagaimana saya dapat mengetahui bahawa Kempen ini dijalankan dengan telus dan adil?

Proses Kempen ini akan dipantau oleh BDO GA Sdn Bhd, sebuah firma perkhidmatan profesional terkemuka yang memberikan khidmat audit, khidmat nasihat, perkhidmatan cukai dan perniagaan.

Dokumen apa yang perlu saya sediakan untuk menerima hadiah-hadiah ini?

Pemenang mesti menunjukkan Kad Pengenalan asli mereka, rekod vaksinasi COVID-19 yang asal, Sijil Vaksinasi Digital yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh Aspen Group.

Sekiranya saya menang, bolehkah saya mencalonkan orang lain untuk menerima hadiah bagi pihak saya?

Anda boleh mencalonkan orang lain untuk menerima hadiah bagi pihak anda. Wakil anda yang sah mesti menunjukkan yang berikut semasa menerima hadiah bagi pihak anda:

  1. surat kebenaran dari pemenang, yang mempunyai maklumat pengenalan diri wakil yang diberi kuasa;
  2. dokumen pengenalan diri mereka (mis. Kad Pengenalan asli) yang sepadan dengan maklumat pengenalan diri dalam surat kebenaran untuk tujuan pengesahan; dan
  3. sebarang dokumentasi lain yang diperlukan oleh Aspen Group.
Bolehkah saya memindahkan hadiah kepada orang lain atau menukar hadiah dengan wang tunai atau produk lain?

Tidak. Hadiah-hadiah ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau produk lain.

Siapa yang akan membayar pelbagai yuran (seperti duti setem, yuran undang-undang dan apa-apa bayaran lain) yang terlibat dalam penerimaan hadiah?

Semua yuran (termasuk duti setem, yuran pendaftaran dan yuran undang-undang) yang terlibat dalam penerimaan Hadiah Utama, Hadiah Pertama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga hendaklah ditanggung oleh pemenang tersebut.

LIHAT LAGI >